Showing posts with label sejarah sem3 ppismp ipg. Show all posts
Showing posts with label sejarah sem3 ppismp ipg. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

pembinaan tamadun manusia


                                               mood exam dah mai dah!!!

 ~rutin bile jadi pelajar IPG.. awal sem free.. tgh sem esaimen.. akhir sem EXAM!!!.. so dah boring2 jom amik mood study.. SEJARAH OH SEJARAH.. :)))




                            Pembinaan Tamadun Manusia

Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.


Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Sementara menurut Gordon Childe, menekankan bahawa revolusi urban sebagai ciri yang  membentuk tamadun manusia. Menurut Gordon, tamadun lahir apabila manusia mula tinggal menetap dalam kumpulan-kumpulan besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan pekerjaan. Ini telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam aspek-aspek budaya material, intelektual dan kesenian ke tahap yang amat kompleks yang dikira sebagai tamadun.


Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, tamadun membawa satu takrif yang mana keadaan kehidupan manusia bermasyarakat atau insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Ibnu Khaldun juga menghuraikan peradaban ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.


Proses pembinaan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Para sarjana berpendapat bahawa ciri-ciri tamadun ialah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan.


Proses pembinaan tamadun yang paling penting sekali ialah perkembangan pemikiran orang pada zaman tamadun awal untuk membina petempatan kekal dan tidak lagi hidup secara nomad. Bagi memastikan kelangsungan hidup mereka pada masa itu menjadi lebih sistematik dan teratur, pemilihan terhadap kawasan petempatan sangatlah penting. Kebiasaannya, lembah-lembah sungai menjadi pilihan kerana pelbagai manfaat yang diperolehi. Antaranya tanah di kawasan lembah sungai subur dan bekalan air mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan.  Kemajuan dalam bidang pertanian terutamanya dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang menyebabkan manusia pada zaman itu berfikiran lebih kreatif oleh itu nterciptalah beberapa  peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk. Sebagai contoh petempatan yang boleh dilihat ialah di Mesir yang bermula sejak tahun 7000 S.M. setelah berlakunya Revolusi pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Memphis, Dhilkah dan Thebes.

Seterusnya antara ciri pembinaan tamadun ialah mempunyai kehidupan berorganisasi. Hidup secara berkumpulan yang menetap secara kekal telah menyebabkan pertambahan penduduk untuk satu-satu petempatan. Oleh itu, kehidupan secara berorganisasi sangatlah penting untuk memastikan kehidupan mereka pada waktu itu, aman damai tanpa pecah belah. Kehidupan berorganisasi ini mencakupi segala aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Kehidupan ini bermakna wujudnya golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis. Pemegang tampuk sosial yang tertinggi ialah raja yakni pemerintah sesuatu kawasan. Manakala heiraki kedua tertinggi ialah golongan bangsawan yang berperanan membantu raja untuk mentadbir negara atau kawasan takluk. Golongan bangsawan ini terdiri daripasa pendeta, pedari, ketua keluarga, pakar ilmuan dan pakar kesenian. Golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan juga hamba.

Ciri tamadun yang lain, ialah pengkhususan pekerjaan. Perkembangan dan pertambahan masyarakat telah membuatkan keperluan dan tuntutan untuk meneruskan hidup bertambah tinggi. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pengkhususan pekerjaan untuk memudahkan kehidupan. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan mereka sendiri. Sebagai contoh bagi golongan yang memerintah, menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga rakyat yang diperintah. Memenuhi segala keperluan rakyat dan memastikan negara sentiasa aman dan makmur. Manakala golongan bawahan seperti hamba dan rakyat biasa turut memainkan peranan mereka seperti bekerja sebagai nelayan, penternak, petani dan sebagainya. Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun. Hal ini kerana sebagai kesan peningkatan produktiviti yang telah dihasilkan. Peningkatan ini terutamanya jika dilihat dari sudut ekonomi telah menyebabkan berlakunya pertukaran sistem barter yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan. Sebagai kesannya juga telah menyebabkan berlakunya perhubungan dengan tamadun luar seperti pertukaran dan penyebaran ilmu baru dan sebagainya.

Selain itu, pembinaan tamadun ini juga menyaksikan bahawa masyarakat pada ketika itu mula berpegang teguh terhadap kepercayaan dan agama pada ketika itu. Mereka percaya bahawa dunia ini telah dicipta dan kawal oleh suatu kuasa ghaib. Hal ini bermula apabila mereka sudah tahu untuk menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kepercayaan mereka pada ketika itu ialah kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap kuasa alam. Mereka percaya bahawa setiap benda yang ada di sekeliling mereka mempunyai semangat dan roh yang mesti dipuja untuk dijadikan pelindung. Perkembangan dan revolusi terhadap kepercayaan itu akhirnya membawa kepada kewujudan agama. Antara agama yang boleh dilihat ialah agama politisme iaitu percaya kepada banyak tuhan. Politisme ini juga boleh dilihat menerusi tamadun Mesir yang mengamalkannya. Sebagai contoh, Tamadun Mesir mempercayai kepada tuhan Amon-Re iaitu Tuhan Matahari, Osiris iaitu Tuhan Sungai Nil, Isis iaitu Tuhan Bulan, Nut iaitu Tuhan Langit dan Shu ataupun Tuhan Udara.

akhir sekali pembinaan tamadun manusia dari bahasa dan sistem tulisan. Bahasa dan sistem tulisan merupakan pemisah antara masyarakat yang bertamadun dengan masyarakat prasejarah. Hal ini kerana masyarakat prasejarah, mereka tidak mempunyai sistem tulisan dan bahkan buta huruf. Penciptaan sistem bahasa dan tulisan ini dapat menggambarkan intelektual masyarakat pada zaman pembentukan tamadun awal dunia ini sudah semakin berkembang dan maju. Sistem tulisan dan bahasa ini telah menyebabkan interaksi sesama mereka juga semakin berkesan dan lancar. Hal ini sedikit sebanyak mendorong terjadinya interaksi antara suatu negara dengan negara yang lain seperti hubungan perdagangan yang terjalin antara masyarakat Mesopotamia dengan masyarakat Mesir melalui hubungan perdagangan. Antara bahasa tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit manakala contoh tulisan terawal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Sistem tulisan amat penting untuk penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan.

Kesimpulannya, pembentukan tamadun awal manusia ini mencakupi beberapa aspek penting seperti yang telah dinyatakan tadi. Proses peningkatan tamadun ini terus berlaku mengikut peredaran masa dan zaman sehinggalah sekarang. Ini dapat dilihat menerusi kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh masyarakat dunia sekarang.


P/S: harap nyer dapat la membantu lebih2 sape2 y nak baca topik nie.. lebih2 4 sape2 yang amik major sejarah kat IPG.. :)







Tuesday, 24 January 2012

cintailah ilahi...

" rasa cinta adalah satu anugerah tuhan...pada hambanya..dan kerananya manusia sanggup apa  saja...asalkan dia memiliki apa yang dicita...kerna cinta sanggup berkorban apa saja..harta dan nyawa..setiap detik hanya memikirkan  tentang si dia yang tercinta..ingin bersama sepanjang masa"

                                                                   aSsAlAmUaLaIkUm!!!


erm....kat atas tu lagu CINTAILAH ILAHI BY INTEAM...huhu...saje pinjam wat intro...ermm....cinta ek???hari ana nak sentuh sikit pasal cinta...ana nie bukanlah seorang yang berilmu...tapi ini hanya sedikit perkongsian berdasarkan pembacaan..pemerhatian dan pengalaman...OPSS!! PENGALAMAN?? hahahha ...kantoi sudah..hehhe...

   cinta?? cinta?? n cinta??...ramai orang sebut pasal cinta..."aku cinta kau.." mujahadah cinta..cinta kerana allah.n banyak lagi yang berkaitan cinta..TAPI......semua ke orang faham dan menghayati apa maksud cinta tu sebenarnya??yess!! cinta adalah fitrah yang ALLAH kurniakan pada semua hambanya..even binatang pun...manusia lebih2 lagi la kan??..fitrah yang hakikatnya suci dan murni..tapi..macam lagu cintailah ilahi tu juga...sebab cinta..manusia ni sanggup wat apa saja..asalkan apa yang dicita..dikehendaki tercapai....dan kerana sanggup nyer manusia nie wat apa sajalah....ramai manusia yang hilang arah...hilang hala tuju..dan yang paling teruk...manusia sanggup lupa dan abaikan cinta pada yang SATU....ASTAGHFIRULLAH...moga2 iman kita dilindungi.

   kak usrah ana pernah cakap " cinta tu anugerah..yang hakikatnya putih..suci dan murni...tapi jangan sesekali cuba kotorkannya dengan fitnah.." fitnah?? fitnah yang macam mane?? ok..ALLAH sememangnya kurniakan cinta untuk manusia..tak dinafikan setiap manusia akan tertarik pada yang berlainan jantina dengannya..tapi..sudah sampai masanya ke?? pasangan yang kita suka tu betul2 jodoh kita ke??..if kita sendiri tak yakin insan2 yang kita suka tu akan jadi milik kita o x..kenapa kita mesti buang masa untuk e2?? banyak lagi benda penting yang perlu kita buat wahai mujahid2 islam..mujahidah2 islam...BANGUN!!! SEDARLAH!!!..sampai bila kita nak terus dibuai dengan mimpi2 yang panjang sedangkan realiti menanti dihadapan....??

   sakit putus cinta?? merana?? hye.. bersyukurlah andai diri kita putus cinta..itu tandanya ALLAH nak selamatkan kita..nak jaga kita...itu tandanya ALLAH nak kita mencintaiNYA lebih dari segala-galanya...kenapa perlu sedih putus cinta dengan orang yang baru kita kenal?? sedangkan bila kita jauh daripada ALLAH tak rasa apa2...padahal kita kenal ALLAH sejak kita lahir lagi...tak sayangkah kita pada ALLAH?? tak cintakah kita pada ALLAH..??..
 
       kita selalu cakap..orang yang kita sayang tu sentiasa ada dengan kita..selalu faham apa yang kita nak... padahal kita tak sedar..yang selalu ada dengan kita..yang selalu dengar kita..dan yang selalu tunaikan apa yang kita minta adalah ALLAH...bayangkan if ALLAH tak pedulikan kita dah??apa yang akan jadi pada kita?? if org yang kita sayang tu da tak de?? kat sape lagi yang kita nak mengadu?? jawapan dia mesti ALLAH kan?? sebab ape?? sebab hakikat nyer memang manusia mencintai ALLAH..tapi cinta tu da dikotori dengan cinta2 lain selain NYA..

      so....daripada kita habiskan kredit beli topup..telefon "abang"...sms ''ayang"....baik gunakan duit tu untuk penuhkan tabung balai2 islam..o sedekah kat orang lain...koz sedekah pun tanda kita mencintai ALLAH jugak kan??~wallahualam=)


             * rawatlah hati dengan istighfar...kerna istighfar itu umpama membasuh pakaian yang kotor






                                        * "dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang.."
                                                                             (ar-ra'ad : 28)