Sunday 3 March 2013

esaimen.. o0o0o0 ESAIMEN ==''



                                                               

                                          
  
MUSIM : ASSIGNMENT DI IPG.. :|
 MOOD : KUCAR-KACIR, TAK MENENTU, MALAS

tak tertanggung nie haa.. adess
 
                                                      
         
              selalunyer jadi gini.... huhu
~ PERKARA BIASA BERLAKU.. BUKAN SETAKAT BUDAK IPG TAPI SEMUA MAHASISWA2 DISELURUH MALAYSIA ATAU MUNGKIN DISELURUH DUNIA...... TAPI BILA PK2 BALIK.. SAMPAI BILA NAK BEGINI? SABAN HARI.. SABAN MASA.. TAK KAN SAMPAI TUA NAK MENGELUH.. BUKAN SIAP PON ESAIMEN TU...


                     JOM MULAKAN AZAM BARU.. LILLAHI TAALA

                                                   
kasi semangat sikit!!! ~ lillahi taala..




          
“Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.” —Imam Syafi'i

                                                       
                                              

 

BELOG OH BELOG..

# POST PERTAMA UNTUK SEKIAN KALINYA..

" eeh.. mana pegi blog aku nie.. asal xjumpe pulak nie... adesss.. time2 orang semangat nie la die nak xjumpe... "
" ayarkkk password xegt... bape kali plis try again.. your password not match.. bla..bla..bla.. wat ever..


~PERKARA BIASA TERJADI BILA SYAHIRAH DAH LAMA XBUKAK BELOG.. X UPDATE BLOG.. HAISHHH.. DAH BERBELOG2 DA.. MACAM NIE JUGAK LA... (*_*)

~ PERKARA YANG SELALU TERJADI GAK.. TIME ESAIMEN NIE LA.. TANGAN GATAL NAK BERBELOG.. MASA FREE XNAK PULAK.. ADEHH...


                          * SEMANGAT YANG BARU SEBAGAI PERMULAAN.. MOGA LEBIH BAIK DAN BERMANFAAT :)


Wednesday 24 October 2012

pembinaan tamadun manusia


                                               mood exam dah mai dah!!!

 ~rutin bile jadi pelajar IPG.. awal sem free.. tgh sem esaimen.. akhir sem EXAM!!!.. so dah boring2 jom amik mood study.. SEJARAH OH SEJARAH.. :)))




                            Pembinaan Tamadun Manusia

Daripada catatan Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Kalau ditinjau dari segi aspek bahasa, perkataan tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab Tamaddana atau Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran.


Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni. Sementara menurut Gordon Childe, menekankan bahawa revolusi urban sebagai ciri yang  membentuk tamadun manusia. Menurut Gordon, tamadun lahir apabila manusia mula tinggal menetap dalam kumpulan-kumpulan besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan pekerjaan. Ini telah menyebabkan berlakunya perkembangan dalam aspek-aspek budaya material, intelektual dan kesenian ke tahap yang amat kompleks yang dikira sebagai tamadun.


Dari perspektif Islam pula, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan sebagainya. Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, tamadun membawa satu takrif yang mana keadaan kehidupan manusia bermasyarakat atau insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Ibnu Khaldun juga menghuraikan peradaban ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.


Proses pembinaan tamadun manusia bermula apabila wujud hubungan iaitu penyesuaian antara manusia dengan alam sekelilingnya. Kemunculan dan perkembangan tamadun manusia berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut tahap kemajuan yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Para sarjana berpendapat bahawa ciri-ciri tamadun ialah perkembangan petempatan kekal, organisasi sosial, sistem pentadbiran, kepercayaan dan agama, pembandaran dan sistem tulisan.


Proses pembinaan tamadun yang paling penting sekali ialah perkembangan pemikiran orang pada zaman tamadun awal untuk membina petempatan kekal dan tidak lagi hidup secara nomad. Bagi memastikan kelangsungan hidup mereka pada masa itu menjadi lebih sistematik dan teratur, pemilihan terhadap kawasan petempatan sangatlah penting. Kebiasaannya, lembah-lembah sungai menjadi pilihan kerana pelbagai manfaat yang diperolehi. Antaranya tanah di kawasan lembah sungai subur dan bekalan air mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan.  Kemajuan dalam bidang pertanian terutamanya dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang menyebabkan manusia pada zaman itu berfikiran lebih kreatif oleh itu nterciptalah beberapa  peralatan baru seperti cangkul dan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan bagi menampung pertambahan penduduk. Sebagai contoh petempatan yang boleh dilihat ialah di Mesir yang bermula sejak tahun 7000 S.M. setelah berlakunya Revolusi pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Memphis, Dhilkah dan Thebes.

Seterusnya antara ciri pembinaan tamadun ialah mempunyai kehidupan berorganisasi. Hidup secara berkumpulan yang menetap secara kekal telah menyebabkan pertambahan penduduk untuk satu-satu petempatan. Oleh itu, kehidupan secara berorganisasi sangatlah penting untuk memastikan kehidupan mereka pada waktu itu, aman damai tanpa pecah belah. Kehidupan berorganisasi ini mencakupi segala aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Kehidupan ini bermakna wujudnya golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Bermula daripada sistem keluarga kemudian menjadi sebuah masyarakat yang kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid dan bersusun lapis. Pemegang tampuk sosial yang tertinggi ialah raja yakni pemerintah sesuatu kawasan. Manakala heiraki kedua tertinggi ialah golongan bangsawan yang berperanan membantu raja untuk mentadbir negara atau kawasan takluk. Golongan bangsawan ini terdiri daripasa pendeta, pedari, ketua keluarga, pakar ilmuan dan pakar kesenian. Golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan juga hamba.

Ciri tamadun yang lain, ialah pengkhususan pekerjaan. Perkembangan dan pertambahan masyarakat telah membuatkan keperluan dan tuntutan untuk meneruskan hidup bertambah tinggi. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pengkhususan pekerjaan untuk memudahkan kehidupan. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan mereka sendiri. Sebagai contoh bagi golongan yang memerintah, menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga rakyat yang diperintah. Memenuhi segala keperluan rakyat dan memastikan negara sentiasa aman dan makmur. Manakala golongan bawahan seperti hamba dan rakyat biasa turut memainkan peranan mereka seperti bekerja sebagai nelayan, penternak, petani dan sebagainya. Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun. Hal ini kerana sebagai kesan peningkatan produktiviti yang telah dihasilkan. Peningkatan ini terutamanya jika dilihat dari sudut ekonomi telah menyebabkan berlakunya pertukaran sistem barter yang menjadi asas kepada aktiviti perdagangan. Sebagai kesannya juga telah menyebabkan berlakunya perhubungan dengan tamadun luar seperti pertukaran dan penyebaran ilmu baru dan sebagainya.

Selain itu, pembinaan tamadun ini juga menyaksikan bahawa masyarakat pada ketika itu mula berpegang teguh terhadap kepercayaan dan agama pada ketika itu. Mereka percaya bahawa dunia ini telah dicipta dan kawal oleh suatu kuasa ghaib. Hal ini bermula apabila mereka sudah tahu untuk menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kepercayaan mereka pada ketika itu ialah kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap kuasa alam. Mereka percaya bahawa setiap benda yang ada di sekeliling mereka mempunyai semangat dan roh yang mesti dipuja untuk dijadikan pelindung. Perkembangan dan revolusi terhadap kepercayaan itu akhirnya membawa kepada kewujudan agama. Antara agama yang boleh dilihat ialah agama politisme iaitu percaya kepada banyak tuhan. Politisme ini juga boleh dilihat menerusi tamadun Mesir yang mengamalkannya. Sebagai contoh, Tamadun Mesir mempercayai kepada tuhan Amon-Re iaitu Tuhan Matahari, Osiris iaitu Tuhan Sungai Nil, Isis iaitu Tuhan Bulan, Nut iaitu Tuhan Langit dan Shu ataupun Tuhan Udara.

akhir sekali pembinaan tamadun manusia dari bahasa dan sistem tulisan. Bahasa dan sistem tulisan merupakan pemisah antara masyarakat yang bertamadun dengan masyarakat prasejarah. Hal ini kerana masyarakat prasejarah, mereka tidak mempunyai sistem tulisan dan bahkan buta huruf. Penciptaan sistem bahasa dan tulisan ini dapat menggambarkan intelektual masyarakat pada zaman pembentukan tamadun awal dunia ini sudah semakin berkembang dan maju. Sistem tulisan dan bahasa ini telah menyebabkan interaksi sesama mereka juga semakin berkesan dan lancar. Hal ini sedikit sebanyak mendorong terjadinya interaksi antara suatu negara dengan negara yang lain seperti hubungan perdagangan yang terjalin antara masyarakat Mesopotamia dengan masyarakat Mesir melalui hubungan perdagangan. Antara bahasa tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit manakala contoh tulisan terawal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Sistem tulisan amat penting untuk penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal keagamaan.

Kesimpulannya, pembentukan tamadun awal manusia ini mencakupi beberapa aspek penting seperti yang telah dinyatakan tadi. Proses peningkatan tamadun ini terus berlaku mengikut peredaran masa dan zaman sehinggalah sekarang. Ini dapat dilihat menerusi kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh masyarakat dunia sekarang.


P/S: harap nyer dapat la membantu lebih2 sape2 y nak baca topik nie.. lebih2 4 sape2 yang amik major sejarah kat IPG.. :)







Friday 6 July 2012

adab berguru / dalam majlis

Alhamdulillah.. syukur sangat2.. Allah masih bagi kesempatan pada ana untuk mencoret di laman blog nie.. setelah sekian lama.. sekian lama menghilang dan menyepikan diri daripada aktiviti menulis blog.. ececeh.. macam banyak sangat je post kat blog nie.. hehe.. ermm..entah la.. ana ingat lagi masa mula2 ana berjinak2 dalam membelogkan diri nie.. ana kata.. ana nak post benda2 yang boleh datangkan manfaat.. tapi tu la.. bila kita nak buat benda yang baik.. banyak je halangan.. banyak je benda2 yang membloking diri daripada nak buat amal.. tapi kena ingat.. setakat mana tekad kita untuk teruskan juga niat murni kita tu... so SYAHIRAH.. dimaklumkan sekarang nie.. anda diminta untuk terus MUJAHADAH... ok.. luruskan niat.. Ya ALLAH aku buat nie.. semata2 untuk agama-MU.. ameen.. insha ALLAH.. :)


hari nie.. ana nak setori skit menda yang jadi kat ana masa kuliah tadi..  erm.. cam na nak cite ek.. ok la.. macam nie.. selalu nyer masa kuliah ana akan silent fon ana.. bukan apa.. takot henpon 2 bunyik lak.. tapi.. nak di jadikan cerita.. hari nie.. ana lupa nak silent fon... dah la x silent.. boleh pulak henpon 2 berbunyik time2 lecturer tengah bagi kuliah.. abis satu bilik kuliah bising ngan lagu "i lay my love on u" by westlife.. aduss.. sume duk usha ana semacam.. lecturer pe lagi.. terus tengok.. muka ana da cuak gile kot.. pastu lecturer pon cakap..
      " erm.. cikgu.. lain kali silent fon 2 ek..nak jadi cikgukan?? so lain kali jaga adab ngan guru ek..."
aduss.. malu bukan men agi..merah segala pipi2 nie.. 

ok.. hari nie sebenar nyer ana nak share ngan sume pasal adab dalam majlis ilmu.. kira masa kita dalam kuliah la.

menurut Syeikh Nuruddin Al- Banjari Marbu Al-makki antara adab2 nya adalah :

1. ikhlaskan niat kerana Allah
2. tumpukan perhatian
3. berpakaian kemas dan selesa
4. berwudhuk
5. duduk dalam keadaan sopan
6. tidak melihat jam
7. matikan handfon
8. tidak bersms
9. tidak makan
10.tidak tidur
11.penuhkan bahagian depan majlis..

nah tu dia antara adab2 nya.. sebenar nyer banyak ag.. tapi cukup la dulu.. laen2 nanti kita kongsi ek.. yang nie pon perlukan MUJAHADAH untuk tidak lakukannya.. seriously.. ana pon.. kadang2 bile boring sangat dalam blik kuliah.. ana asyik tengok jam.. asyik tertanya2 bila la lecturer nie nak abis.. tapi 2 la.. ADAB kita.. xpe la.. pelan2.. yang penting.. ikhlaskan diri untuk tuntut ilmu.. ok la sampai sini dulu.. tata.. Assalamualaikum!!!



 " ya Allah.. jadikanlah ilmu yang ku tuntut ini bermanfaat untuk diriku.. untuk keluargaku.. untuk masyarakatku.. dan untuk agamaku.." ameen


Tuesday 19 June 2012

8 pahala berterusan:)

                                                 
        8 pahala yang berterusan

      1.   Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi   masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

      2.   Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi orang meminumnya.

      3.   Sesiapa yang menulis mashaf al-quran dan selagi orang  membacanya .

      4.   Sesiapa yang menggali perigi dan selagi orang menggunakannya.

      5.   Sesiapa yang menanam tanaman dan selagi ada yang memakannya.

     6.   Mereka yang mengajar ilmu yang berguna dan selagi ia diamalkan oleh yang mempelajarinya.

     7.   Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh dan anak itu sentiasa beristihgfar dan mendoakannya.

     8.   Guru yang mengajar al-quran dan selagi nak muridnya mengamalkannya.
                      
                          






Thursday 22 March 2012

ajar aku bahagia



              ~ aku hanya penumpang hina di bumi Allah ini... penumpang yang menconteng bumi ini melalui setiap pengalaman yang ditakdirkan untukku... sering kali contengan ini menjadi buruk lantaran diriku ini hanyalah manusia biasa.... penconteng biasa.... oleh itu.. ajarlah aku tentang bahagia.. mungkin dengan itu aku bisa menjadi penconteng LUAR BIASA...... yang penuh berbahagia...



                     
                
 ~ Ya Allah ku mohon diberi kekuatan..... kerna tanpa-Mu aku bukan sesiapa..









* akhwatku di IPG KDRI sekalian.. aku senang melihat kesungguhan kalian dalam menegakkan deen di bumi Allah ini... oleh itu.. ajarlah aku bahagia.. bahagia dalam berusaha mencari redha-Nya.. 
* kak dalilah, kak suhaili, kak feezah n kak maryam... maaf diri ini masih tidak mampu jadi baik.. tapi ketahuilah diri ini sedang mencuba n masih mencuba.. oleh itu ajarlah aku bahagia... kerna aku ingin bersama kalian hingga ke Syurga..